Agensi

SERAMAI 10 pekerja yang sedang membina jambatan berharga berbilion ringgit di Colombia, terbunuh apabila jambatan berkenaan runtuh, semalam.

Jambatan di Chirajara kira-kira 100 kilometer dari Bogota itu sebahagian daripada projek lebuh raya bernilai RM10 bilion bagi menghubungkan Bogota dengan Villavicencio.

Menurut Daily Mail, 200 orang sedang bekerja namun hanya 20 pekerja berada di atas jambatan kerana yang lain berehat makan tengah hari.

Reuters melaporkan, ketua agensi bencana wilayah Meta, Reinaldo Romero berkata, punca runtuhan jambatan sepanjang 407 meter, setinggi 256 meter yang dibina merentangi jurang itu itu masih dalam siasatan.

Sembilan mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital. Empat lagi pekerja cedera parah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 7:43 PM