PESAWAT yang dimiliki syarikat penerbangan Laser Aereo sedang dalam perjalanan dari selatan bandar San Jose del Cuaviare menuju ke Villavicencio.
PESAWAT yang dimiliki syarikat penerbangan Laser Aereo sedang dalam perjalanan dari selatan bandar San Jose del Cuaviare menuju ke Villavicencio.
Reuters

BOGOTA: Seramai 12 penumpang termasuk krew dilaporkan terbunuh dalam nahas sebuah pesawat terhempas di dataran Meta, Colombia, kata polis semalam.

Agensi penerbangan tempatan dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa tiada mangsa terselamat dalam nahas itu yang berlaku selepas pesawat jenis DC-3 membuat panggilan kecemasan pada jam 10.40 pagi waktu tempatan.

Tambahnya, mereka sedang berusaha untuk mengenalpasti dan mengira jumlah mangsa yang terbunuh.

Menurut agensi, pesawat yang dimiliki syarikat penerbangan Laser Aereo sedang dalam perjalanan dari selatan bandar San Jose del Cuaviare menuju ke Villavicencio.

Ia dipercayai terhempas semasa pertengahan perjalanan melalui penerbangan di San Carlos de Guaroa wilayah Meta.

Setakat ini, syarikat penerbangan terbabit belum memberikan sebarang komen mengenai nahas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 10:51 AM