Emas yang dirampas dalam dubur seorang lelaki di Colombo, Sri Lanka.
Emas yang dirampas dalam dubur seorang lelaki di Colombo, Sri Lanka.
Agensi

GAYA berjalan lelaki yang berjalan dengan gaya ganjil serta seolah-olah kesakitan di lapangan terbang di Colombo, Sri Lanka, membawa kepada penemuan hampir satu kilogram emas yang disorok dalam duburnya ketika ia hendak menaiki pesawat ke India.

Menurut Daily Mail, lelaki 45 tahun itu kemudian ditahan anggota kastam semalam, dan mereka menemui kepingan dan rantai emas semuanya seberat 904.77 gram berbungkus plastik dalam duburnya.

Jurucakap kastam, Sunil Jayarathne, berkata anggota keselamatan lapangan terbang mengesyaki sesuatu apabila lelaki berkenaan kelihatan seperti sukar berjalan.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui emas terbabit berbalut plastik hitam dalam duburnya iaitu sembilan kepingan dan enam rantai, semuanya bernilai 4.5 juta rupees (RM123,719).

“Kes seperti ini bukan yang pertama, ia menjadi kaedah penyeludupan popular,” katanya.

Menurut Jayaratne, emas berkenaan dirampas dan lelaki itu yang dipercayai ahli sindiket penyeludupan, dikenakan denda 100,000 rupee (RM2,740).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2017 @ 11:18 PM