EMAS yang diseludup dibentuk sebagai gigi palsu. FOTO Agensi
EMAS yang diseludup dibentuk sebagai gigi palsu. FOTO Agensi
Agensi

New Delhi: Membentuk emas dijadikan sebagai gigi palsu.

Itu taktik seorang lelaki yang ditahan di sebuah lapangan terbang di India kerana menyeludup emas.

Rakyat Uzbekistan itu yang dilaporkan berlepas dari Dubai ke New Delhi didapati membawa 95 gram emas yang dibentuk sebagai gigi palsu di dalam mulutnya.

Suspek turut dikesan memasukkan rantai emas di belakang kerongkongnya.

Jumlah keseluruhan emas yang diseludup dalam mulut lelaki berkenaan dianggarkan hampir sekilogram dan bernilai 402,589.70 Rupee (RM22,905.46).

Taktik lelaki itu dikesan pegawai kastam yang curiga apabila suspek berjalan keluar di laluan 'tiada pengisytiharan' dari pintu keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi.

Siasatan lanjut mendapati mulutnya mengandungi barang rampasan terbesar berkenaan.

Polis New Delhi menerusi Twitter ketika mengumumkan kejayaan melumpuhkan penyeludupan itu memberi amaran kepada mereka yang cuba menggunakan taktik sama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 1:12 PM