KONSEP kontemporari bohemian menjadi pilihan.
KONSEP kontemporari bohemian menjadi pilihan.
Hafiz Ithnin


TERASA tenang sahaja ketika berada di dalam kediaman seluas 918 kaki persegi itu. Penulis terasa bagaikan berada di kediaman rumah contoh yang biasanya didekorasi untuk menarik perhatian bakal pembeli.

Hakikatnya, kediaman itu adalah milik pasangan suami isteri, Hazman Afandi Habibi, 33, dan isterinya, Nur Nadia Khairudin, 33.

Sentuhan magis hasil ilham pasangan itu ternyata menjadikan kediaman servis apartmen bercirikan empat bilik dan dua bilik air itu kelihatan begitu mewah dan unik.

Menariknya, pasangan itu tidak menggunakan khidmat pereka dalaman profesional untuk penataan kediaman itu.

Segala-galanya berputik daripada keindahan hiasan dalaman di media sosial yang cuba digarapkan pada dalam kediaman sendiri. Ternyata menjadi!

Tidak hairan platform media sosial, Instagram milik Nadia, naddyadeco mendapat perhatian peminat hiasan dalaman.

Sentuhan magis hasil ilham pasangan itu ternyata menjadikan kediaman servis apartmen bercirikan empat bilik dan dua bilik air itu kelihatan begitu mewah dan unik.

Menariknya, pasangan itu tidak menggunakan khidmat pereka dalaman profesional untuk penataan kediaman itu.

Segala-galanya berputik daripada keindahan hiasan dalaman di media sosial yang cuba digarapkan pada dalam kediaman sendiri. Ternyata menjadi!

Tidak hairan platform media sosial, Instagram milik Nadia, naddyadeco mendapat perhatian peminat hiasan dalaman.

Konsep kontemporari bohemian menjadi ilham kepada pasangan itu untuk idea dekorasi kediaman itu kerana melihat ia adalah sesuatu yang malar segar dan mudah untuk disuai padan dengan jenis perabot yang digemari iaitu kayu serta rotan.

Nur Nadia berkata, kediaman itu dibeli pada 2016. Namun, pada 2018 baru berpindah masuk. Dalam tempoh sebelum berpindah masuk, beliau dan suami pastinya sudah merancang untuk menghias kediaman itu.

"Saya banyak merujuk kepada media sosial hiasan dalaman yang mengetengahkan konsep kontemporari bohemian dan di luar negara ia cukup popular.

Panel dinding menjadi hiasan di ruang tamu.
Panel dinding menjadi hiasan di ruang tamu.

"Dari segi idea, ia dari saya dan suami dan untuk kerja-kerja memasang seperti panel dinding di ruang tamu, kami menggunakan khidmat kontraktor yang berpengalaman," katanya.

Katanya, beliau gemarkan sesuatu hiasan dalaman yang malar segar dan tidak perlu diubah suai untuk jangka masa pendek.

"Antara perkara yang diberi perhatian pastinya mengenai warna di dalam kediaman ini yang saya pilih kelabu lembut dan juga terdapat satu dinding yang dicat mendapatkan kesan khas 'bercapuk' berwarna emas," katanya.

Jelasnya, kedua-dua warna itu memberi kesan kesinambungan yang baik di dalam kediaman mereka dan tidak tampak canggung apabila disuai padan.

"Kediaman saya ini sebenarnya tidaklah begitu besar. Pada masa sama, saya tidak gemarkan warna utama putih. Jadi, saya memilih warna kelabu lembut supaya kesan luas di dalam kediaman dapat dizahirkan. Selain mudah untuk mengadunkannya dengan warna perabot dan aksesori.

"Selain itu, cat dinding di ruang makan yang mempunyai kesan khas berona emas itu menjadikan ruang berkenaan mempunyai satu titik fokal ketika kami berada di ruang berkenaan," katanya.

Lebih menonjolkan ruang lebih luas di dalam kediaman mereka juga adalah pemasangan cermin dinding di bahagian ruang makan memantulkan kesan dinding di hadapan yang mempunyai cat kesan khas berkenaan.

CAT dinding kesan khas berona emas menjadi titik fokal di ruang makan.
CAT dinding kesan khas berona emas menjadi titik fokal di ruang makan.

Bercerita mengenai konsep kediaman itu, katanya, perabot dan aksesori memainkan peranan yang cukup penting bagi menonjolkan konsep dipilih.

Ternyata konsep yang ingin ditonjolkan pasangan itu sememangnya lebih menyerlah kerana hiasan dalaman kontemporari bohemian mempunyai elemen semula jadi, corak etnik, warna dan tekstur.

Apatah lagi akuinya, beliau dan suami gemarkan sesuatu yang semula jadi. Justeru, meja kopi, kerusi satu tempat duduk dan sebuah rak adalah berunsurkan rotan asli.

"Rotan ini mempunyai warna asli yang menarik. Selain itu, ia mempunyai unsur yang tidak lapuk ditelan zaman. Kita boleh lihat pada hari ini ramai pemilik kediaman mula memilih perabot berunsurkan rotan.

"Selain itu, perabot yang tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan turut jadi pilihan. Bagi saya pemilihan perabot berunsurkan rotan adalah sesuatu yang amat sesuai di kediaman kami," katanya.

Bagi menonjolkan lagi suasana tenang di dalam kediaman itu, pasangan suami isteri berkenaan menggunakan lampu jingga yang tidak begitu panas.

"Lampu juga memainkan peranan penting bagi hiasan dalam kediaman. Perkara ini banyak kami pelajari di media sosial.

"Kesan lampu mampu mewujudkan suasana yang berbeza. Jadi, kami ketengahkan lampu jingga yang tidak terlalu panas supaya pencahayaan sedikit terang dan tenang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 April 2023 @ 7:00 AM