MOHAMAD Yusman Ammeran.
MOHAMAD Yusman Ammeran.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu mempercepatkan transformasi digital perniagaan dengan memilih platform sokongan komprehensif untuk mengembangkan dan menjangkau pelanggan yang lebih luas.

Kajian oleh Unifi Business dan BSN pada 2021 mendapati PMKS menghadapi cabaran dari segi penetapan minda (mindset), set kemahiran dan set alatan, membataskan kesediaan mereka untuk mendigitalkan dan seterusnya menghadkan pertumbuhan perniagaan mereka.

Ketua Segmen PKS Unifi Business Telekom Malaysia (TM), Ts Mohamad Yusman Ammeran berkata, PMKS perlu memulakan pemasaran dan pendigitalan media sosial yang membolehkan mereka mempertingkat dan mempercepatkan transformasi digital perniagaan mereka.

Katanya, terdapat laporan menyatakan 77 peratus daripada PMKS masih di peringkat awal digitalisasi.

"Setiap usahawan memerlukan pemasaran yang berbeza untuk mengembangkan perniagaan mereka dan cabaran utama PMKS ini adalah dari segi akses pemasaran, sumber terhad, perlu sokongan kewangan dan keterbatasan penggunaan teknologi.

"Disebabkan itu, Unifi Business membangunkan pakej penyelesaian perniagaan lengkap bagi membantu memacu perniagaan PMKS, di mana ia paling mudah diakses dan berpatutan untuk dimanfaatkan oleh usahawan.

"Kami juga perhatikan ramai PKS yang memerlukan pertolongan dalam pemasaran digital mereka dan di bawah penyelesaian pemasaran digital komprehensif Unifi Business, PKS (perusahaan kecil dan sederhana) akan diberikan sokongan premium daripada profesional bertauliah, jadi mereka tidak perlu risau untuk mengupah copy writer (penulis iklan dan sebagainya.

"Unifi Business sudah bekerjasama dengan lebih 400,000 PKS di seluruh Malaysia yang kebanyakannya daripada sektor peruncitan serta perkhidmatan dan berjaya membantu mereka meningkatkan perniagaan masing-masing," katanya kepada Bisnes Metro.

Beliau berkata, pihaknya mahu lebih ramai PMKS yang menggunakan teknologi digital ini kerana Unifi bukan hanya menyediakan jalur lebar semata-mata.'

Menurutnya, Unifi Business menawarkan empat penyelesaian komprehensif iaitu penyelesaian pemasaran digital, Unifi E-Commerce Hub, Unifi Cloud Storage dan Kaspersky Small Office Security, yang merangkumi keperluan pelbagai perniagaan.

Selain itu, beliau berkata, bagi menyokong minggu usahawan Malaysia, Unifi Business turut melancarkan semula kempen #BelanjaDiSME, yang memanfaatkan kuasa media dalam talian dan dari mulut ke mulut untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan orang ramai dalam membabitkan PKS tempatan.

'

"Kempen ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia memberi di perniagaan PMKS kegemaran mereka dan meletakkan kapsyen yang kreatif di media sosial masing-masing. Orang ramai juga berpeluang memenangi hadiah utama bernilai RM1,888 menerusi kempen #BelanjaDISME dan #SapotLokal," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2023 @ 12:02 PM