KHAIRUL Firdaus  (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Ida Riswana  dan Muhammad Najmi selepas  menandatangani MoU antara Andalusia bersama Malaysia Airlines.
KHAIRUL Firdaus (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen antara Ida Riswana dan Muhammad Najmi selepas menandatangani MoU antara Andalusia bersama Malaysia Airlines.

ANDALUSIA Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) meneruskan jalinan kerjasama dengan Malaysia Airlines (MAB) bagi membantu umat Islam yang mengerjakan umrah pada musim umrah 2023/2024 (1445 Hijrah) bermula Julai ini sehingga Mei 2024, dalam mendapatkan harga pakej yang berpatutan.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pemeteraian memorandum kerjasama (MoU) kali ke-10 itu membabitkan kontrak bernilai RM117,325 juta bagi pembelian minimum 32,050 kerusi penerbangan umrah.

"Sepanjang lapan tahun bersama AMAL by Malaysia Airlines (AMAL), Andalusia berjaya mencapai hasrat menyantuni puluhan ribu tetamu saban tahun dengan harga pakej umrah yang mampu milik, namun tetap mengekalkan perkhidmatan penerbangan bertaraf antarabangsa.

"Melalui peluang kerjasama bersama AMAL sejak tahun 2015 ini juga, Andalusia dapat merealisasikan 'amal' kami iaitu membuka peluang kepada ribuan umat Islam di Malaysia yang kurang bernasib baik untuk menjejakkan kaki ke bumi Makkah melalui program CSR (tanggungjawab sosial korporat), iaitu program tajaan penuh jemaah asnaf.

"Oleh itu, kami berharap jalinan kerjasama ini juga dapat menyedarkan masyarakat khususnya bakal jemaah umrah bahawa pentingnya mencari syarikat pengendali umrah yang mempunyai tiket penerbangan dan penginapan di Makkah dan Madinah," katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penerbangan Malaysia Airlines bagi musim umrah 2023-2024 di, sini, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (Motac), Khairul Firdaus Akbar Khan: Timbalan Ketua Setiausaha Motac, Datuk Mohd Zamri Mat Zain serta Ketua Pegawai Operasi AMAL by Malaysia Airlines, Muhammad Najmi Mansor.

Dalam pada itu, Ida Riswana berharap jalinan kerjasama antara Andalusia dan AMAL mampu memberikan kesedaran kepada orang ramai terutama bakal jemaah umrah mengenai pentingnya pemilihan syarikat yang diyakini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 7:10 AM