GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ahmad Hasbi


Seremban: Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, dekat Port Dickson terpaksa dihentikan sementara hari ini selepas mengesan bau minyak yang tinggi.

Pusat Khidmat Pelanggan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) memaklumkan, susulan masalah kualiti air mentah itu, berlaku gangguan bekalan air di sekitar Port Dickson dan kawasan sekitarnya.

"Bau minyak yang tinggi (19 ton) menyebabkan pengeluaran pemprosesan air terawat terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

"Kawasan terbabit gangguan adalah sebahagian Batu 6 dan Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson sehingga Lukut.

"Turut terbabit gangguan, dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Sains bersedia untuk menggerakkan penghantaran air melalui lori tangki dan penempatan tangki statik di tempat yang terbabit dengan gangguan.

"Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan dan menggunakan air secara berhemah dalam tempoh masa gangguan. Sebarang maklumat dan bantuan sila hubungi 1-300-88-6982," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2024 @ 12:42 PM