BANK Negara Malaysia. FOTO arkib NSTP
BANK Negara Malaysia. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) menyusut kepada AS$106.1 bilion setakat 30 Sept, 2022, daripada AS$106.3 bilion pada 15 Sept, 2022.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab tersebut adalah memadai untuk membiayai 5.6 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terbabit meliputi rizab mata wang asing (AS$94.6 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarbangsa (IMF) sebanyak AS$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.5 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.6 bilion).

Aset-aset tersebut merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM491.93 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.36 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset-aset lain (RM43.98 bilion).

Selain itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM153.66 bilion), mata wang dalam edaran (RM156.78 bilion), deposit institusi kewangan (RM172.49 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM15.61 bilion), deposit lain (RM34.24 bilion), kertas Bank Negara (RM9.68 bilion), peruntukan SDR (RM28.7 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.8 bilion).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2022 @ 4:32 PM