BANGUNAN Bank Negara di Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP
BANGUNAN Bank Negara di Kuala Lumpur. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.4 bilion (AS$1=RM4.731) pada 15 Mac 2024 berbanding dengan AS$114.3 bilion pada 29 Februari 2024.

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa meliputi rizab mata wang asing berjumlah US$100.8 bilion, diikuti kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.8 bilion), emas (US$2.6 bilion) dan aset rizab lain (US$2.8 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM620.64 bilion merangkumi emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM520.34 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.0 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.44 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.55 bilion), tanah dan bangunan (RM4.13 bilion) dan aset-aset lain (RM56.19 bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.39 bilion), mata wang dalam edaran (RM168.01 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM150.93 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.05 bilion), deposit lain (RM39.89 bilion), kertas Bank Negara (RM29.80 bilion), peruntukan SDR (RM29.74 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.73 bilion).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2024 @ 5:34 PM