BANK Negara Malaysia. FOTO arkib NSTP
BANK Negara Malaysia. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.4 bilion (RM409.2 bilion) pada 29 Disember 2017 berbanding AS$94.5 bilion (RM377.6 bilion) pada akhir 2016.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, paras rizab berkenaan memadai untuk membiayai 7.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Menurut BNM komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing (AS$96.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion).

Aset-aset pula terdiri daripada emas dan tukaran asing serta rizab lain termasuk SDR (RM414.60 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.23 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM8.91 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.59 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset-aset lain (RM10.29 bilion), katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 4:23 PM