Kuala Lumpur: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) ialah RM418 bilion (bersamaan US$94.1 bilion) pada 15 Oktober 2015.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata kedudukan rizab itu cukup untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.

Bank Pusat itu berkata, komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (US$85.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (US$1.8 bilion), emas (US$1.4 bilion) dan aset rizab lain (US$4.3 bilion).

Aset itu termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.14 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM691.79 million), pinjaman dan pendahuluan (RM6.92 bilion) dan aset lain (RM16.16 billion).

Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM144.1 bilion), mata wang dalam edaran (RM84.56 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM162.99 bilion), deposit oleh kerajaan persekutuan (RM2.79 bilion), deposit lain (RM559.38 juta), kertas BNM (RM25.35 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM8.31 bilion) dan liabiliti lain (RM17.28 bilion). - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 7:46 PM