RIZAB  antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.2 bilion (RM436.65 bilion) pada 30 Julai lalu.
RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.2 bilion (RM436.65 bilion) pada 30 Julai lalu.

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$104.2 bilion (RM436.65 bilion) pada 30 Julai lalu.

Ia tinggi sedikit berbanding AS$104 bilion (RM435.81 bilion) pada 15 Julai lalu.

BNM dalam kenyataannya berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya, komponen utama rizab antarabangsa setakat 30 Julai lalu terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$97.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.2 billion) dan lain-lain aset rizab (AS$2.4 bilion).

"Aset terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR, yang berjumlah RM446.36 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM10.46 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.75 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM16.37 bilion); tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset lain (RM13.78 bilion)," katanya.

Selain itu, BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM176.24 bilion), mata wang dalam edaran (RM127.35 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM130.38 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM19.24 bilion), deposit lain (RM16.22 bilion), kertas Bank Negara (RM12.69 bilion), peruntukan SDR (RM7.93 bilion) dan liabiliti lain (RM4.74 bilion).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 7:10 AM