SISTEM pembayaran Boost. FOTO arkib NSTP
SISTEM pembayaran Boost. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Syarikat teknologi kewangan milik Axiata, Boost komited meningkatkan usahanya untuk meringankan beban masyarakat tempatan dengan memberi lebih 100 juta Boost Star yang boleh dikumpulkan sehingga 68 kali lebih pantas pada Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, Sheyantha Abeykoon berkata, kebelakangan ini, pihaknya banyak mendengar rintihan masyarakat mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga barangan keperluan.

"Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia, kami membolehkan pengguna untuk mengumpul Boost Star dengan lebih pantas sepanjang bulan ini untuk menyenangkan penjimatan bagi bil isi rumah, barangan runcit, petrol dan keperluan harian lain," katanya.

Dengan lebih dari 50 pembekal perkhidmatan bil yang sedia ada di BoostBills, rakyat Malaysia boleh menggunakan ciri Pay With Stars untuk mendapatkan diskaun secara langsung apabila membuat bayaran bil bulanan menerusi aplikasi gaya hidup digital Boost.

Jumlah nilai diskaun akan mengikut pangkat BoostUP, bilangan Boost Star, dan perbelanjaan minimum pengguna.

Untuk setiap bil, pengguna yang berpangkat Red Recruit boleh berjimat RM2, Silver Sergeant boleh berjimat RM5, dan Gold General boleh berjimat RM10 melalui ciri Pay With Stars di aplikasi Boost.

Rakyat Malaysia boleh menggunakan Boost Star untuk mendapat diskaun sehingga RM10 bagi setiap bil isi rumah, kredit bulanan sehingga RM210 untuk keperluan harian dan banyak lagi di aplikasi Boost.

Syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan Indah Water Konsortium, syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Astro, serta platform pembayaran pinjaman dan majlis perbandaran tempatan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, adalah antara pelbagai pengebil yang boleh didapati di aplikasi Boost.

Dengan BoostBills, pengguna boleh menjadualkan pembayaran bil secara automatik menerusi AutoBills, membayar berbilang bil sekali gus menerusi MultiBills, dan melihat semua baki dan tarikh akhir dalam satu paparan utama menerusi ViewBills.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2022 @ 11:10 AM