Sri Ayu Kartika Amri


BROKU Sdn Bhd komited mewujudkan komuniti yang minat dalam dunia masakan menerusi Resepi Bangsawan by Broku, kelas memasak dalam talian pertama di Malaysia menggabungkan lebih 10 cef selebriti bertauliah.

Ketua Cef Resepi Bangsawan Cef Amir Gani berkata, program jarak jauh (PJJ) yang dikendalikan sepenuhnya secara maya itu unik serta berbeza kerana lebih eksklusif dan premium menampilkan resipi tersendiri daripada cef berpengalaman tanah air.

Katanya, PJJ Resepi Bangsawan program kelas masakan secara dalam talian sepenuhnya yang menyediakan ratusan video memasak yang dibina khas oleh cef selebriti mengikut pengalaman masing-masing.

"Melalui program ini kami menyasarkan 100,000 ahli sepanjang 2022.

"Buat masa ini, kita menampilkan 10 cef selebriti yang mana lebih 150 resipi yang dikongsi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk masakan di rumah tetapi juga untuk berniaga.

"Uniknya, kita sediakan ringkasan gambar mengikut setiap langkah resipi dan video seperti program televisyen dengan visual berkualiti tinggi termasuk tip tersendiri dikongsi khas oleh cef dalam program ini.

"Kami mengambil masa tujuh ke lapan bulan untuk membuat kandungan kelas dan yuran menjadi ahli Resepi Bangsawan hanya RM100 (sekali bayar sahaja) yang mana semua jenis resipi boleh diakses tanpa had.

"Ahli juga boleh bertanya kepada cef dan menghasilkan masakan mengikut kepakaran sendiri.

"Melalui Resepi Bangsawan terdapat resipi makanan barat, makanan sihat, vegetarian, berpantang, pencuci mulut, ikan, daging dan pelbagai lagi yang juga boleh diakses melalui telefon pintar.

Cef Amir Gani
Cef Amir Gani

"Kelebihan kita, selain resipi premium banyak juga tip yang tiada di luar sana akan dikongsikan oleh cef, terutama mereka yang mempunyai restoran," katanya.

Amir berkata, bagi 1,500 orang terawal yang mendaftar PJJ Resepi Bangsawan akan mendapat daging wagyu (200 gram) secara percuma yang bernilai lebih RM300.

Beliau berkata, banyak lagi tawaran istimewa akan diberikan kepada ahli Resipi Bangsawan yang pastinya tidak boleh didapati di mana-mana kelas masakan lain.

"Projek ini dibangunkan bagi mewujudkan komuniti khas bukan sahaja mengenai masakan (modul lengkap), bahkan berkongsi pengalaman dalam dunia masakan dengan lebih dekat bersama penonton.

"Selain itu, kita juga ada konsep dropship resipi yang mana mereka boleh menjadi referral dan diberi komisen (50 peratus margin keuntungan)," katanya.

Usahawan PKS dijemput menyertai komuniti sokongan perniagaan dan mendaftar sebagai AhliUSB di www.omniausb.com.my atau hubungi 013-7172858.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Februari 2022 @ 10:43 AM