GAMBAR hiasan. Bank Negara. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. Bank Negara. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) memeterai perjanjian persefahaman (MoU) pada Isnin untuk memperkukuh kerjasama membabitkan perkongsian data dan aspek lain.

Dalam kenyataannya, jabatan itu menyatakan perkongsian pintar tersebut telah membantu melonjakkannya sebagai agensi statistik rasmi di platform antarabangsa menerusi kejayaan penganjuran Kongres Statistik Dunia ke-62 Institut Statistik Antarabangsa 2019 dan Persidangan MyStats Serantau 2014 di Kuala Lumpur.

Menurutnya, persidangan tahunan MyStats telah membantu dari segi penyebaran data, usaha pertukaran kepakaran dalam bidang statistik dan kompilasi analisis serta pembangunan kapasiti modal insan.

"Kerjasama DoSM dan BNM ini dijangka dapat menyokong pembangunan kepakaran di kedua-dua pihak terbabit bagi memenuhi keperluan data masa kini menerusi penerimagunaan teknik-teknik statistik yang maju, penggunaan sains data dan analisis serta pendekatan inovatif lain," katanya.

– BERNAMA

TAG: Jabatan Perangkaan, Bank Negara Malaysia, MoU, perkongsian data

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 4:38 PM