RARA menawarkan lebih 3,000 helai tudung premium di butik yang terletak di Kuala Terengganu.
RARA menawarkan lebih 3,000 helai tudung premium di butik yang terletak di Kuala Terengganu.
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Penggemar tudung premium kini berpeluang mendapatkan koleksi terkini dari RARA Koleksi Unggul yang memulakan operasinya hari ini di Kuala Terengganu.

Beroperasi di Bangunan Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, RARA menawarkan promosi istimewa enam helai tudung pada harga hanya RM100, berbanding 16 helai pada harga RM225.

Bermula tengah hari ini, penggemar tudung premium boleh mendapatkan lebih 3,000 helai tudung RARA melalui promosi yang dijalankan hari ini.

Terdapat pelbagai rekaan dan jenis fabrik tudung ditawarkan antaranya shawl diamond, bawal chiffon, bawal chrochet dan bawal eyelash.

Selain jualan kepada pembeli individu, RARA turut membuka peluang kepada mereka yang mahu mendapatkan koleksi secara borong memandangkan ia turut beroperasi sebagai pembekal kepada perniagaan lain.

RARA adalah jawapan terbaik kepada wanita pantai timur yang memang cintakan kepelbagaian tudung premium dan eksklusif.

Untuk mereka yang ingin mengikuti perkembangan RARA, boleh melayari Instagram raracollection.my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Oktober 2021 @ 12:52 PM