MANIS digayakan. FOTO Munira Ghani
MANIS digayakan. FOTO Munira Ghani
Siti Nadirah Hafidzin

FESYEN Muslimah kini bergerak seiring peredaran masa dan sebaik memasuki era 2020, semakin ramai wanita mahukan fesyen yang berbaloi untuk dimiliki selain menyerlahkan lagi kejelitaan diri.

Namun, kecantikan wanita itu tidaklah dinilai melalui busana digayakan saja. Rekaan tudung dipakai tidak kiralah daripada jenis selendang, bawal atau tudung segera juga perlu dititikberatkan.

Apabila menyentuh soal tudung, Muslimah kini tidak hanya menyarung tudung berwarna hitam atau gelap semata-mata, malah kian ramai yang bijak bergaya dengan pelbagai gaya tudung terkini.

Memberi pilihan kepada penggemar tudung bawal dalam berfesyen, jenama SyazaAleena tampil dengan koleksi terbaru yang didatangkan dalam pelbagai pilihan corak menarik.

Pengasasnya Azlini Nawi berkata, koleksi terbaru itu adalah jenis tudung bawal bercorak yang didatangkan dalam dua pilihan iaitu jenis biasa atau dihias batu berkilau.

MUDAH dan terkini. FOTO Munira Ghani
MUDAH dan terkini. FOTO Munira Ghani

“Lebih menarik, tudung bawal ini tidak perlu digosok, mudah dibentuk terutama pada bahagian wajah dan menggunakan material yang tidak panas.

“Menyentuh mengenai fabrik, kami memilih material jenis kapas premium ‘voile’ yang selesa dan mudah digayakan. Koleksi ini juga didatangkan dalam saiz besar iaitu bidang 45 inci dan labuh tudung boleh diubah mengikut keselesaan masing-masing,” katanya.

MENEPATI kriteria diinginkan Muslimah dalam pemilihan tudung. FOTO Munira Ghani
MENEPATI kriteria diinginkan Muslimah dalam pemilihan tudung. FOTO Munira Ghani

Corak eksklusif selain mampu menepati cita rasa pelbagai pihak antara yang diberi keutamaan. Tudung bawal ini juga sesuai digayakan untuk aktiviti harian sama ada ke pejabat atau ketika bersantai di hujung minggu.

“Ia juga sesuai untuk pelbagai lapisan usia dengan kepelbagaian corak dan rona menarik,” ujarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 January 2020 @ 6:05 AM