ANTARA koleksi yang ditawarkan RARA.
ANTARA koleksi yang ditawarkan RARA.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: RARA Koleksi Unggul, pemborong dan pembekal tudung kini membuka cawangan pertamanya di Kuala Terengganu.

Seiring dengan pembukaan cawangan pertamanya di pantai timur, RARA menawarkan promosi istimewa semua jenis tudung keluarannya pada harga hanya RM100 untuk enam helai.

Pengurus Jualannya, Nurshaa Fauzi berkata, harga pengenalan itu hanya ditawarkan pada Sabtu (16 Oktober) dengan lebih 3,000 jenis tudung akan dijual.

Katanya, selepas itu harga akan menjadi asal iaitu RM225 untuk 15 helai tudung RARA.

"Dibawa terus dari kilang yang membekalkan tudung ekslusif untuk butik-butik di ibu negara, RARA kini memberi peluang kepada rakyat di Terengganu untuk mendapatkan secara terus tudung keluaran RARA.

"Sejak 10 tahun berkecimpung dalam penjualan tudung, RARA memilih Kuala Terengganu sebagai lokasi pertama kami di Pantai Timur.

"Slogan 'negeri comel, budaya menarik' bukan saja mencerminkan Terengganu yang kaya dengan khazanah alam semula jadi, malah menyerlahkan kejelitaan dan keanggunan wanitanya sebagai wanita Islam dan Melayu sejati.

"RARA yang diperbuat daripada fabrik lembut disulami dengan pelbagai warna memperkenalkan secara eksklusif tudung premium seperti shawl diamond, bawal chiffon, bawal chrochet dan bawal eyelash, pastinya memenuhi cita rasa pemakai tudung.

"Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai sempena pembukaan RARA Koleksi Unggul di Bangunan Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu bermula jam 12 tengah hari," katanya.

Menurutnya, RARA adalah jawapan terbaik kepada wanita pantai timur yang memang cintakan kepelbagaian tudung premium dan eksklusif.

Beliau berkata, untuk mereka yang ingin mengikuti perkembangan RARA, boleh melayari Instagram raracollection.my.

Sementara itu, mengenai rancangan perkembangan syarikat, pihaknya berkata, selain Terengganu, RARA akan membuka cawangan di Johor menjelang tahun depan.

Menurutnya, selain bercadang membuka rangkaian di Johor, syarikat juga akan memberi tumpuan terhadap pemasaran secara dalam talian supaya lebih ramai dapat memiliki koleksi tudung keluaran RARA.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Oktober 2021 @ 10:09 AM