Pengurus Jualan RARA Koleksi Unggul , Nurshaa Fauzi (kanan) menunjukkan cara memakai tudung RARA pada hari pertama pembukaannya di Kuala Terengganu. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Pengurus Jualan RARA Koleksi Unggul , Nurshaa Fauzi (kanan) menunjukkan cara memakai tudung RARA pada hari pertama pembukaannya di Kuala Terengganu. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Tidak sampai sejam, lebih 1,000 tudung keluaran RARA Koleksi Unggul terjual pada majlis pembukaan cawangan pertamanya di Bangunan Badan Perhubungan Umno Negeri di Jalan Sultan Ismail di sini, semalam.

Sempena pembukaan cawangan baharu berkenaan, RARA Koleksi Unggul turut memberi peluang kepada pelanggannya membeli tudung kurang daripada 15 helai iaitu enam helai pada harga RM100.

Pengurus Jualannya, Nurshaa Fauzi berkata, biasanya pihaknya hanya menjual secara borong dengan jumlah pembelian minimum 15 helai pada harga RM225.

"Namun sempena pembukaan cawangan baharu hari ini (semalam), pelanggan boleh mendapatkan enam helai shawl dan bawal pada harga promosi RM100.

"Harga promosi itu memang jarang ditawarkan, justeru, pelanggan mengambil peluang membelinya dalam kuantiti yang banyak.

"Ini kerana mulai esok (hari ini), ia dijual secara normal iaitu 15 helai pada harga RM225," katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan RARA di sini, semalam.

Menurutnya, kualiti tudung RARA setanding tudung jenama lain yang laris di pasaran cuma ia lebih murah dan mampu milik.

"Shawl paling laris berbanding bawal. Shawl diamond antara pilihan pelanggan selain bawal chiffon, bawal chrochet dan bawal eyelash," katanya.

Nurshaa berkata, pihaknya yakin RARA terus menjadi pilihan pelanggan dan penduduk di negeri ini.

"Bukan senang nak jumpa tudung berkualiti tinggi, tetapi dijual secara borong dengan harga serendah RM15 sehelai.

"Jadi, saya yakin dengan promosi berterusan, tudung RARA terus menjadi pilihan," katanya.

Orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan mengenai RARA boleh melayari Instagram raracollection.my.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Oktober 2021 @ 5:27 PM