PERSONALITI televisyen, Brian Chen pada pelancaran program berkenaan.
PERSONALITI televisyen, Brian Chen pada pelancaran program berkenaan.
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: Aeon Co (M) Bhd (Aeon) meningkatkan usaha kelestarian menerusi Program Kesetiaan Eksklusif Pelanggan bermula semalam hingga 23 Januari 2022.

Program itu juga adalah kerjasama dengan syarikat antarabangsa yang mempunyai reputasi yang baik dengan penghasilan produk mesra alam, Tupperware Brands Malaysia Sdn Bhd (Tupperware).

Ketua Pegawai Eksekutif Aeon, Shafie Shamsuddin, berkata, pihaknya komited untuk membina kesedaran terhadap alam sekitar sekali gus mempromosikan kepentingan melindungi alam sekitar kepada pelanggan.

"Sepanjang program ini, kami juga akan memberi diskaun istimewa kepada pelanggan yang membawa bekas Tupperware sendiri untuk membeli makanan di cawangan-cawangan kami.

"Pelanggan berpeluang memiliki produk rumah mesra alam Tupperware yang menarik melalui penebusan setem yang dikumpul semasa berbelanja di Aeon.

"Di samping berpeluang memilik produk mesra alam Tupperware, program ini turut mempromosikan inisiatif tiada bahan buangan, berjimat dan kehijauan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Pelancaran Program Kesetiaan Eksklusif Pelanggan di Aeon Taman Maluri di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 September 2021 @ 8:31 AM