AEON komited memberikan ganjaran buat pelanggannya dengan pelbagai aktiviti, promosi dan kempen. - FOTO Says
AEON komited memberikan ganjaran buat pelanggannya dengan pelbagai aktiviti, promosi dan kempen. - FOTO Says
Muhamad Shaifullah Tayep

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-36, AEON memperkenalkan kempen AEON Di Hatiku yang akan berlangsung sehingga 24 November 2020.

AEON Di Hatiku dilancarkan bertujuan untuk menghargai sokongan para pelanggan terhadap kumpulan AEON antaranya AEON CO. (M) BHD., AEON BIG (M) SDN BHD, AEON MaxvaluPrime dan AEON Wellness.

Pelbagai aktiviti dan promosi diadakan sepanjang tempoh kempen yang memberikan pelanggan ganjaran menarik, antaranya Peraduan Cabutan Bertuah dan Pulangan Tunai.

Rebut peluang keemasan ini untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti pakej ubah suai kabinet dapur bernilai sehingga RM20,000, kerusi urut Ogawa dan pulangan tunai bulanan untuk lebih 40,000 pemenang.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah klik sini, masukkan nombor kad pengenalan dan berbelanja minima sebanyak RM80 untuk turut serta.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sambutan ulang tahun ke-36 AEON. - FOTO AEON

Tukar kad baru

Sementara itu, pemegang Kad Keahlian AEON perlu menukar kepada AEON Member Plus Visa Card secepat mungkin kerana kad keahlian lama hanya boleh digunakan sehingga 31 Disember 2020.

AEON Member Plus Visa Card menampilkan ciri-ciri kad tanpa tunai dan kad keahlian yang lebih mudah, malah membolehkan pengguna untuk mendapat pengecualian yuran ahli, berpeluang untuk menerima lebih banyak ganjaran dan menukar baki mata kepada baucar hadiah AEON.

Selain itu, nilai AEON Member Plus Visa Card boleh ditambah terus melalui AEON Wallet atau kaunter bayaran yang memberikan ganjaran berganda, di mana mata ganjaran boleh ditukar kepada wang tunai ke dalam kad dan lebih selamat digunakan di semua kedai, restoran, servis penghantaran makanan serta sebarang pembelian dalam talian.

Tukar kad keahlian AEON lama anda kepada AEON Member Plus Visa Card hari ini bagi menikmati kemudahan bayaran tanpa tunai di kaunter dan meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah yang menguntungkan dan berpeluang menyertai program ganjaran kesetiaan.

Tukar kad Kad Keahlian AEON anda hari ini. - FOTO AEON

Untuk maklumat lanjut mengenai kad keahlian AEON, layari www.aeonretail.com.my/aeonmember/aeonmemberplus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2020 @ 12:29 PM