HAZIQ  (dua dari kanan) membawa pulang Perodua Axia di AEON Mall Bandar Dato’ Onn,  Johor Bahru.
HAZIQ (dua dari kanan) membawa pulang Perodua Axia di AEON Mall Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.
BERNAMA

Johor Bahru: Dua pemenang bertuah berjaya membawa pulang hadiah utama peraduan Spend & Win iaitu sebuah Perodua Axia dan motosikal Modenas anjuran AEON Co (Malaysia) Bhd.

Pengurus Kanan AEON Wilayah Selatan, Meszakini Maserom berkata, peraduan Spend & Win ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada AEON.

Beliau berkata, penyertaan terbuka kepada pelanggan AEON yang membeli-belah di semua cawangan AEON Retail, AEON Mall, AEON BiG dan penyewa ruang niaga AEON.

Menurutnya, pelanggan layak menyertai program ini dengan setiap pembelian RM100 ke atas dalam satu resit.

"Ia juga boleh disertai melalui pembelian atas talian dengan jumlah pembelian RM150 ke atas dalam satu resit.

"Program Spend & Win menawarkan pelbagai hadiah seperti kereta, motosikal, barang kemas, barangan elektronik dan banyak lagi hadiah menarik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM500,000," katanya.

Majlis penyerahan hadiah program Spend & Win @Johor yang diadakan di AEON Mall, Bandar Dato' Onn di sini, pada 1 Mei lalu adalah sesi yang pertama.

Dua hadiah utama dimenangi Haziq Abd Ghaffar dan Lew Hui Ching yang masing-masing membawa pulang Perodua Axia 1.0 AV dan motosikal Modenas CT1155.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Mei 2021 @ 7:22 AM