BANK Muamalat. FOTO arkib NSTP
BANK Muamalat. FOTO arkib NSTP
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menerima sambutan begitu positif daripada pelbagai latar belakang pelabur menerusi proses pelaksanaan terbitan Sukuk Murabahah Subordinat bernilai RM500 juta, baru-baru ini.

Sukuk Murabahah Subordinat RM500 juta itu akan diterbitkan pada 15 Jun 2021, dengan harga kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, penerbitan di bawah Program Sukuk Murabahah Subordinat mencerminkan keyakinan pasaran terhadap asas dan arah strategik bank.

"Hasil yang diperoleh dari Sukuk Murabahah Subordinat akan digunakan untuk aktiviti perbankan Islam dan keperluan modal kerja kami terutama dalam mengukuhkan pertumbuhan Bank Muamalat di pasca pandemik ini," katanya dalam kenyataan.

Sukuk Murabahah Subordinat adalah terbitan siri kedua yang akan dikeluarkan di bawah Program Sukuk Murabahah Subordinat 20 tahun bernilai RM1 bilion yang ditetapkan oleh Bank Muamalat (2016/2036) yang memenuhi syarat sebagai modal Tahap-2 di bawah Dokumen Dasar Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Modal Rangka Kerja Kecukupan untuk Bank Islam (Komponen Modal) (CAFIB).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Jun 2021 @ 9:39 AM