KUALA LUMPUR 28 OGOS 2019. Bank Islam merupakan salah satu anak syarikat BIMB Berhad Holdings. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
KUALA LUMPUR 28 OGOS 2019. Bank Islam merupakan salah satu anak syarikat BIMB Berhad Holdings. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Bhd menerbitkan Sukuk Wakalah modal Tier-1 Tambahan sulungnya bernilai RM500 juta di bawah program Sukuk Wakalah dengan nilai nominal sehingga RM5 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, bank itu berkata sukuk tersebut adalah berdasarkan kepada prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.

Bank Islam berkata tempoh sukuk itu adalah kekal, berkadar tetap lima tahun dan diberi penarafan A3/stabil oleh RAM Rating Services Bhd.

"Sukuk tersebut layak sebagai modal kawal selia Tier 1 Bank Islam sebagai mematuhi Rangka Kerja Kecukupan Modal Bank Negara Malaysia bagi Bank Islam (Komponen Modal).

"Bank Islam merupakan penasihat utama, pengatur utama, pengurus utama dan penasihat syariah bagi Program Sukuk Wakalah itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2022 @ 10:54 AM