TAPAK pembinaan MRT Bandar Malaysia South, Jalan Sungai Besi.
TAPAK pembinaan MRT Bandar Malaysia South, Jalan Sungai Besi.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Potensi kekurangan 94,000 pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2030 akan memacu jumlah premium gaji tahunan kepada RM10.08 bilion, demikian menurut satu kaji selidik berkaitan gaji.

Premium gaji adalah jumlah yang majikan boleh dipaksa untuk membayar kepada kakitangan, melebihi kenaikan inflasi biasa.

Keputusan daripada kaji selidik Kenaikan Gaji firma perundingan organisasi global, Korn Ferry, mendapati premium gaji tahunan bagi tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor kewangan, insurans, hartanah dan perniagaan di Malaysia akan berjumlah sebanyak RM1.89 bilion menjelang 2030.

Rakan Kongsi Pelanggan Kanan Korn Ferry Malaysia, Mary Chua berkata, jumlah dalam sektor teknologi, media dan telekomunikasi dijangka mencecah RM744 juta dan dalam sektor pembuatan RM540 juta.

“Kekurangan ini akan diburukkan lagi dengan penghijrahan keluar cendiakawan ke ekonomi berpendapatan tinggi dengan kekurangan tenaga kerja yang besar dan premium gaji,” katanya dalam kenyatan, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Jun 2018 @ 1:37 AM