Ramirez-Icaza (tengah) pada majlis pelancaran Refresh Your Car di 1 Utama Shopping Centre.
Ramirez-Icaza (tengah) pada majlis pelancaran Refresh Your Car di 1 Utama Shopping Centre.
Nabil Basaruddin

Petaling Jaya: Energizer Malaysia optimis menguasai tiga hingga lima peratus pasaran pewangi kenderaan di Malaysia dalam tempoh enam bulan selepas melancarkan produk berkenaan Mac lalu.

Pengarah Kanan Pembangunan Pasaran Energizer Holdings Alberto Ramirez-Icaza berkata, pihaknya meluaskan portfolio perniagaan di negara ini dengan memperkenalkan jenama produk penyegar udara Refresh Your Car iaitu pewangi kenderaan dari Amerika Syarikat.

Beliau berkata, pengenalan itu susulan selepas Energizer Holdings mengambil alih HandStands Holding Corporation iaitu syarikat induk Refresh Your Car pada 2016.

“Pada masa ini, segmen haruman kenderaan di negara ini mencecah sehingga RM70.5 juta yang berpotensi untuk berkembang pesat.

“Kami yakin produk ini akan menawarkan kelainan kepada pemilik kenderaan yang sering berdepan dengan cuaca panas dan lembap yang memberi kesan kepada kereta mereka setiap hari,” katanya pada majlis pelancaran Refresh Your Car di sini.

Sempena pelancaran produk itu, satu siri jelajah diadakan di pusat beli-belah One Utama yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 25 Mac 2018.

Refresh Your Car ditawarkan dalam empat jenis format berbeza iaitu stik melintang dijual pada harga RM8.50, klip mini (RM16.90), dua haruman (RM13.25) dan tin gel (RM6.90).

Ramirez-Icaza berkata, dengan persekitaran perniagaan yang berkembang baik di Malaysia, pihaknya akan memberi tumpuan kepada pengenalan rangkaian produk pewangi kenderaan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Mac 2018 @ 12:13 AM