VERSTAPPEN rai petak pertama perlumbaan pecut GP Miami. -FOTO AFP
VERSTAPPEN rai petak pertama perlumbaan pecut GP Miami. -FOTO AFP
AFP

Miami Gardens, Amerika Syarikat: Juara dunia Max Verstappen meraih petak pertama untuk perlumbaan pecut di Grand Prix Miami dan gembira dengan prestasi tayarnya.

Verstappen menamatkan saingan 0.108 saat di hadapan pemandu Ferrari, Charles Leclerc dengan rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez, ketiga.

"Sejujurnya ia berasa teruk. Mungkin pada sesi yang lalu memang susah nak pasang tayar. Saya tidak banyak meningkat pada dengan tayar lembut tetapi saya menerimanya," kata pelumba Belanda itu, yang juga terpantas pada sesi latihan awal.

"Rasanya tidak menyeronokkan untuk memandu - latihan amat selesa, saya agak yakin kita boleh bertarung untuk tempat pertama. Tetapi semasa kelayakan, tidak nampak begitu bagi saya - saya tidak tahu apa yang terjadi kepada kereta lain pada pusingan terakhir itu," katanya.

Semua pemandu memilih untuk mencatat masa terpantas dalam satu pusingan ketika SQ3 dengan Verstappen mencatat masa 1:27.641s.

Pelumba Australia, Daniel Ricciardo mempunyai aksi kelayakan yang memberangsangkan menduduki tempat keempat terpantas dengan jentera RB mengatasi pelumba Ferrari, Carlos Sainz.

"Saya tahu saya boleh melakukannya - tetapi adakah saya jangka untuk bermula di barisan kedua? Mungkin tidak terlalu bagus," kata Ricciardo.

McLaren mengancam pada awal sesi kelayakan tetapi gagal menggunakan sepenuhnya tayar lembut pada SQ3 dengan Oscar Piastri di tangga keenam manakala Lando Norris akan bermula dari P9.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 11:54 AM