VERSTAPPEN berjaya meraih petak utama di GP Emilia Romagna. FOTO AFP
VERSTAPPEN berjaya meraih petak utama di GP Emilia Romagna. FOTO AFP
AFP

Imola: Penyandang juara, Max Verstappen bangkit daripada permulaan buruk untuk beri saingan dan menang perlumbaan pecut 21 pusingan seterusnya meraih petak utama Grand Prix (GP) Emilia Romagna.

Selepas diketepikan pendahulu keseluruhan, Charles Leclerc dari Ferrari, Verstappen yang berusia 24 tahun menunjukkan ketabahan dan rentaknya untuk mendahului semula dalam baki dua pusingan bersama jentera Red Bull.

Leclerc, yang bergelut dengan pemilihan tayar, menduduki tempat kedua mengatasi seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez diikuti pelumba kedua Ferrari, Carlos Sainz dan Lando Norris dari McLaren.

Daniel Ricciardo menamatkan saingan di tempat keenam mengatasi Valtteri Bottas dari Alfa Romeo.

"Saya berdepan permulaan buruk. Saya terpaksa menenangkan diri. Charles lebih pantas tapi bergelut dengan masalah tayar. Ia mungkin akan berbeza esok namun hari ini ia berjalan lancar dan membuatkan saya berasa gembira," kata Verstappen.

"

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 April 2022 @ 11:55 PM