BAGNAIA melintasi garisan penamat di Litar Red Bull Ring. FOTO AP
BAGNAIA melintasi garisan penamat di Litar Red Bull Ring. FOTO AP
Reuters

Spielberg: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mempamerkan tunggangan mantap untuk muncul juara Grand Prix (GP) Austria, manakala pendahulu keseluruhan, Fabio Quartararo dari Yamaha meraih tempat kedua selepas bangkit di saat akhir.

Ia adalah kemenangan kali ketiga berturut-turut buat Bagnaia selepas muncul juara di GP British dan Belanda.

Pelumba Itali itu menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 0.492 saat (s) mengatasi Quartararo, manakala Jack Miller melengkapkan kedudukan podium.

Bermula di petak kedua, Bagnaia tidak menunggu lama untuk menguasai Litar Red Bull Ring di Spielberg selepas mengatasi Enea Bastianini dari Gresini Racing yang bermula di petak utama pada pusingan pembukaan.

Bastianini tergelincir di kedudukan keempat di pusingan keenam apabila rakan sepasukan Bagnaia, Miller dan Jorge Martin berjaya memintasnya sebelum terpaksa meninggalkan perlumbaan lebih awal apabila tayar depannya pancit.

Martin dilihat mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan podium namun dia melakukan kesilapan di pusingan ke-17, sekali gus memberi ruang buat Quartararo untuk menduduki tempat ketiga.

Quartararo kemudiannya berjaya memberi tekanan kepada Miller yang berada di kedudukan kedua dan mampu untuk memintas ketiga berbaki tiga pusingan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 9:18 PM