BAGNAIA meraikan kejayaannya di pentas podium. FOTO AFP
BAGNAIA meraikan kejayaannya di pentas podium. FOTO AFP
Reuters

Jerez: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia memenangi pertarungan bersama juara dunia, Fabio Quartararo dari Yamaha dengan bergaya apabila meraih kemenangan pertama musim ini di Grand Prix Sepanyol dekat Jerez, hari ini.

Aleix Espargaro dari Aprilia pula meraih tempat ketiga manakala juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez menafikan rakan sepasukan Bagnaia, Jack Miller untuk menduduki tempat keempat.

Bermula di petak pertama, Bagnaia yang mencipta rekod sepusingan baharu di litar Jerez pada sesi kelayakan, mendahului sejak awal perlumbaan walaupun menerima saingan daripada Quartararo yang memburu kemenangan kedua di Sepanyol.

Pelumba Suzuki, Alex Rins terbabas sebelum menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19 manakala dua pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco dan Jorge Martin masing-masing gagal menamatkan perlumbaan dan menduduki tempat ke-22.

Quartararo dari Perancis kini mendahului Espargaro dengan tujuh mata dalam kedudukan keseluruhan pelumba manakala Enea Bastianini di tempat ketiga dan Rins di tempat keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mei 2022 @ 9:29 PM