VERSTAPPEN (kanan) semakin seronok bersama Red Bull. FOTO AFP
VERSTAPPEN (kanan) semakin seronok bersama Red Bull. FOTO AFP
AFP

Sakhir: Juara dunia Max Verstappen berkata dia menikmati masa yang lebih menyeronokkan bersama Red Bull selepas diberi ganjaran lanjutan kontrak selama lima tahun hasil kemenangan mendebarkan Formula Satu (F1) musim lalu.

Pemandu Belanda berusia 24 tahun itu menewaskan Lewis Hamilton dalam pecutan pusingan terakhir di Abu Dhabi untuk meraih gelaran dunia pertamanya.

"Sudah tentu kejayaan sangat penting, itulah yang kami sasarkan dan kami meraih kejuaraan tahun lalu.

"Tetapi saya juga mendapati adalah penting untuk anda berseronok semasa dalam F1 dan anda sebenarnya berseronok dengan orang yang anda sedang tempuhi dan saya pasti mengalaminya, jadi mengapa anda perlu mengubahnya?," kata Verstappen kepada wartawan pada ujian pramusim di Bahrain.

Verstappen menegaskan dia yakin dapat menyesuaikan diri walaupun menyambung kontraknya sehingga 2026.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2022 @ 1:12 PM