Adam (kanan) bersama Aldequer (tengah) dan Lopez menaiki podium di Kejuaraan Motosikal CEV Moto2 di Portugal.
Adam (kanan) bersama Aldequer (tengah) dan Lopez menaiki podium di Kejuaraan Motosikal CEV Moto2 di Portugal.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Tiga kali podium dalam tempoh dua bulan. Itu rekod yang dicatatkan pelumba berbakat negara, Adam Norrodin apabila sekali lagi berjaya meraih podium di kedudukan ketiga saingan Kejuaraan Motosikal CEV Moto2 Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal, sebentar tadi.

Pada April lalu, Adam berjaya mencuri tumpuan apabila tunggangan cemerlangnya berjaya menamatkan perlumbaan di Litar Estoril dalam kejuaraan sama di tempat ketiga.

Penunggang berusia 22 tahun itu sekali lagi berjaya menduduki tempat ketiga dalam Pusingan Kedua Kejuaraan CEV Moto2 Eropah Litar Ricardo Tormo, Valencia, Mei lalu.

Kali ini, pelumba yang beraksi bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team yang memulakan perlumbaan pada petak ketiga berjaya mengekalkan momentum sehingga tamat perlumbaan sekali gus memastikan tempat ketiga miliknya.

Malah, pelumba berasal dari Batu Pahat, Johor itu juga dilihat cemerlang sepanjang tempoh perlumbaan dan tidak berhadapan masalah bersaing dengan penunggang lain.

Juara perlumbaan itu dimenangi pelumba pasukan Boscoscuro Talent Team-Ciatti Fermin Aldequer dan Alonso Lopez.

Secara keseluruhan, Adam yang juga terkenal dengan gelaran Torete berjaya memungut 76 mata untuk berada di kedudukan 76.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 8:58 PM