ADAM menduduki podium apabila menamatkan saingan perlumbaan pertama bagi kategori Moto2 di tempat ketiga Kejuaraan Motosikal Eropah CEV. FOTO Facebook Adam Norrodin
ADAM menduduki podium apabila menamatkan saingan perlumbaan pertama bagi kategori Moto2 di tempat ketiga Kejuaraan Motosikal Eropah CEV. FOTO Facebook Adam Norrodin
Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Pelumba negara, Adam Noorodin mengotakan janjinya untuk menduduki podium apabila menamatkan saingan perlumbaan pertama bagi kategori Moto2 di tempat ketiga Kejuaraan Motosikal Eropah CEV di Portugal, kelmarin.

Bagaimanapun, hasrat Adam untuk menamatkan aksi di kelompok tiga terbaik pada perlumbaan kedua di Litar Estoril tidak tercapai apabila berlaku sedikit kesilapan di awal perlumbaan.

Namun kejayaan menamatkan saingan di kedudukan ketiga pada perlumbaan pertama itu adalah satu permulaan baik buat pelumba pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team berkenaan.

Adam memulakan perlumbaan di petak keempat mencatatkan masa 30 minit 49.93 saat ketika juara milik pelumba Boscoscuro Talent Team-ciatt, Fermin Aldeguer, manakala rakan sepasukannya, Alonso Lopez, menamatkan perlumbaan di tangga kedua."

Syukur saya dapat capai sasaran untuk tamatkan perlumbaan di kedudukan podium.

Terima kasih tidak terhingga kepada kru yang bekerja keras dan memberi sokongan daripada belakang bagi merealisasikan impian saya untuk kedudukan podium.

"Cuma di perlumbaan kedua, saya ada melakukan sedikit kesilapan di awal perlawanan tapi Alhamdulillah dapat juga tempat keempat.

"Banyak lagi yang perlu diperbaiki di race seterusnya selepas ini. Saya harap dapat meneruskan rentak kemenangan di Valencia nanti," katanya.

Sementara itu dalam saingan Moto3, wakil negara, Syarifuddin Azman menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14 manakala dalam kategori ETC, Shahrul Sharil berada di kedudukan ketujuh dan terpaksa menarik diri ketika perlumbaan kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 April 2021 @ 6:45 AM