Adam Noorodin menunggang motosikalnya ketika latihan di Barcelona.
Adam Noorodin menunggang motosikalnya ketika latihan di Barcelona.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Pelumba muda negara, Adam Norrodin tidak pernah mengalah dan akan terus berusaha memburu podium juara dalam saingan CEV Moto2 Eropah sejak mula menyertai kempen kejuaraan berkenaan sejak 2019.

Namun Adam mengakui dia berdepan dengan hari yang sukar pada sesi latihan hari ini namun yakin pasukan dan mekaniknya akan berusaha mengatasi masalah yang mendatang menjelang perlumbaan pusingan ketiga di Litar Catalunya, Barcelona.

"Bukan hari yang mudah bagi saya. Apa yang saya jangkakan pada hari pertama saya di Catalunya.

"Pada hari ini banyak benda yang kami cuba dan banyak juga perubahan besar yang dilakukan ke atas motosikal sebab dah hampir sebulan saya tidak naik motosikal ini.

"Jadi memang susah sikit dan lebih susah daripada apa yang saya jangkakan," katanya yang bersama pasukan Liqui Moly Intact Sic Junior Team.

Namun Adam yang menamatkan perlumbaan Moto2 Kejuaraan Motosikal Eropah CEV di Valencia di tempat ketiga bulan lalu bagaimanapun yakin masih ada masa yang cukup untuk memperbaiki ruang dan kelemahan sebelum saingan sebenar bermula Ahad ini.

Adam kini menduduki tempat ketiga keseluruhan mengumpul 45 mata selepas berjaya menamatkan aksi sembilan pusingan di Litar Ricardo Tormo dengan catatan 14 minit 43.890 saat di tempat ketiga dan di Litar Estoril, Portugal juga di tempat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 7:59 PM