KEMALANGAN perlumbaan GP Bahrain yang hampir meragut nyawa Grosjean. FOTO EPA
KEMALANGAN perlumbaan GP Bahrain yang hampir meragut nyawa Grosjean. FOTO EPA
Agensi

Paris: Romain Grosjean berkata, masih belum ada persoalan yang tidak dapat dijawab berkenaan dengan kemalangan ngeri yang dihadapinya ketika di Grand Prix (GP) Bahrain termasuk bagaimana dia tidak pengsan ketika kejadian itu.

Kemalangan berkenaan menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat Formula Satu (F1) dan Grosjean bernasib baik kerana berjaya keluar dari jentera Haas selepas melanggar penghadang pada selekoh keempat di pusingan pertama.

Dia bernasib baik kerana alat pelindung kepala 'Halo F1' berjaya menyelamatkan nyawanya, Grosjean masih mampu untuk menyelamatkan diri daripada kereta yang terbakar dan hanya mengalami kecederaan kecil akibat kesan terbakar di tangan.

Siasatan di atas kemalangan berkenaan sudah dilakukan dengan Grosjean menjelaskan sesuatu harus diperjelaskan kenapa dia tidak pengsan ketika kejadian berkenaan berlaku.

"Banyak perkara boleh kita belajar daripada insiden berkenaan. Dalam situasi saya, kita sangat bertuah saya masih lagi hidup, boleh bercakap dan mengingati semuanya.

"Saya tidak pasti ia adalah sangat baik buat saya tapi saya masih mengingati semuanya. Saya percaya beberapa perkara berkaitan isu keselamatan kita sudah memahaminya dan akan mempertingkatkan lagi.

"Dalam kemalangan yang berlaku setidak-tidaknya anda akan tidak sedarkan diri, cukup hanya beberapa saat namun saya bernasib baik kerana terselamat.

"Saya sebenarnya mahu kita lebih memahami apa yang boleh kita baiki berkaitan topi keledar, penyendal kepala dan keselamatan, atau apa saja yang diperlukan oleh pemandu. Walaupun impak kemalangan yang dahsyat, kita mahu pemandu tidak pengsan dan tahu apa perlu dilakukan," katanya.

Dalam masa sama, Grosjean berkata, dia sangat berterima kasih dengan ciptaan terbaru yang digunakan di jentera (halo) walaupun sebelum ini ada yang mengutuk penggunaan alat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2020 @ 3:26 PM