PETINJU Pahang menjalani latihan di Pusat Tinju Majlis Sukan Pahang, Kuantan. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
PETINJU Pahang menjalani latihan di Pusat Tinju Majlis Sukan Pahang, Kuantan. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Asrol Awang


Kuantan: Empat peninju Sukan Malaysia (Sukma) Pahang menjalani latihan intensif di Bangkok, Thailand selama 25 hari bermula hari ini, sebagai persediaan menghadapi Sukma Sarawak 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Ogos depan.

Mereka adalah Muhammad Hazim Sahar Azmi, 19; Muhammad Adib Azryll Kamaruzrizan, 19; Muhammaf Afzan Daniel, 17 dan Shafiq Farhan Hazmi Raazmi, 18.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, empat peninju itu antara atlet bakal menyumbang pingat buat kontinjen Pahang.

"Mereka akan menjalani Latihan di Bangkok bermula hari ini hingga 19 Julai depan, sebagai persediaan sebelum bertanding di Sukma Sarawak.

"Pada Sukma kali ini, skuad tinju Pahang menyasarkan dua pingat emas dan dua gangsa yang diharap dapat diterjemahkan, sekali gus mengharumkan nama Pahang.

"Berbekalkan komitmen tinggi yang dipersembahkan petinju, saya percaya misi membawa pulang empat pingat, termasuk dua emas menjadi kenyataan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 9:03 PM