DATUK Bandar Paris, Anne Hidalgo. FOTO REUTERS
DATUK Bandar Paris, Anne Hidalgo. FOTO REUTERS
Reuters

Paris: Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berharap atlet Rusia dilarang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 dan upacara pembukaannya.

Bagaimanapun, dalam temu bual bersama Reuters, dia mengalu-alukan kedatangan atlet Israel pada ketika penganjur temasya bermula 26 Julai hingga 11 Ogos itu bersedia menangani isu berbangkit akibat peperangan di Ukraine dan Gaza.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang akan membuat keputusan mengenai perkara itu dalam mesyuarat akan datang termasuk penyertaan atlet Rusia dan Belarus ketika upacara pembukaan.

Buat masa ini, atlet Rusia dan Belarus tidak boleh bertanding di bawah bendera negara mereka, sebaliknya bersaing sebagai atlet neutral tanpa bendera dan lagu kebangsaan.

"Saya lebih suka jika mereka tidak datang," kata Anne dalam temu bual Reuters.

"Kita tidak boleh bertindak seolah-olah (penaklukan Rusia ke atas Ukraine) tidak berlaku," katanya.

"Kita tidak boleh bertindak seolah-olah jika (Vladimir) Putin bukan diktator yan mengancam seluruh Eropah."

Minggu lalu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menyatakan atlet Rusia dan Belarus yang bertanding di temasya Paralimpik tidak akan menyertai upacara pembukaan.

Ditanya mengenai penyertaan atlet Israel di Paris 2024 susulan peperangan di Gaza selepas serangan Hamas pada 7 Oktober, Anne berkata, situasinya tidak boleh dibandingkan dengan Rusia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2024 @ 10:34 AM