ZAINUL Hisham (tengah) bersama Zunaidi (duduk, kiri) dan Osmahadzir (duduk, kanan) ketika sidang media. FOTO Muhd Asyraf Sawal
ZAINUL Hisham (tengah) bersama Zunaidi (duduk, kiri) dan Osmahadzir (duduk, kanan) ketika sidang media. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Nik Sukry Ramli


TENGKU Edie Akasya Tengku Abdul Rahman yang juga anakanda saudara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah antara 32 petinju menyertai Kejohanan TDH Muay Thai Superfight 2020, awal Februari ini.

Penaung kejohanan, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin berkata, penyertaan anak lelaki Tengku Muda, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berusia 16 tahun itu diharapkan menjadi antara daya penarik kejohanan yang turut menampilkan empat petinju dari Thailand dan seorang petinju dari Afghanistan.

“Beliau dijangka beraksi pada malam pembukaan dan bertemu dengan petinju dari Kelab Muay Thai Gajah Putih.

“Kejohanan berlangsung dua hari bermula pada 7 dan 8 Februari di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) dekat Indera Mahkota yang dijadualkan dirasmikan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

“Kita juga merekodkan penyertaan teramai membabitkan petinju dari kelab utama di seluruh negara dan lapan perlawanan berlangsung pada setiap malam dengan menggunakan format kalah mati,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kuantan, hari ini.

Turut hadir Pengarah kejohanan, Zunaidi Mustapha dan pengurus kejohanan, Osmahadzir Osrin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 9:45 PM