ALCARAZ menewaskan Sinner di separuh akhir Indian Wells. FOTO Reuters
ALCARAZ menewaskan Sinner di separuh akhir Indian Wells. FOTO Reuters
AFP

Indian Wells, Amerika Syarikat: Bekas pemain nombor satu dunia Carlos Alcaraz dan Daniil Medvedev akan bertarung untuk merebut gelaran Indian Wells ATP Masters 1000 pertama selepas meraih kemenangan straight set di separuh akhir.

Pemain ranking kedua dari Sepanyol itu yang juga pilihan utama boleh kembali ke puncak jika dia berjaya merangkul gelaran Masters 1000 ketiga esok selepas menewaskan pemain ranking ke-13 dari Itali, Jannik Sinner 7-6 (7/4), 6-3 untuk mara ke final ketiganya tahun ini.

Selepas terpaksa menangguhkan musim ini akibat kecederaan Alcaraz memenangi gelaran di Buenos Aires dan mara ke final di Rio de Janeiro bulan lalu.

Sementara itu, Medvedev yang meraih kemenangan ke-19 berturut-turut dalam perlawanan ATP, memburu gelaran keempatnya selepas kemenangan di Rotterdam, Doha dan Dubai.

Pemain Russia yang menghuni ranking keenam itu - tidak pernah melepasi pusingan keempat di Indian Wells menewaskan Frances Tiafoe untuk menang 7-5, 7-6 (7/4) ke atas pemain ranking ke-16 dari Amerika itu.

"Saya sangat gembira kerana saya berjaya dan tidak tewas dalam perlawanan ini dan tidak menyesal, mimpi ngeri atau apa pun," kata Medvedev.

Alcaraz, yang menewaskan Sinner dalam lima set epik dalam perjalanan ke kejuaraan Terbuka AS tahun lalu, mendapat kelebihan di atas pemain Itali itu dengan rehat awal set pertama.

"Bermain menentang Jannik tidak pernah mudah," kata Alcaraz. "Saya tahu bahawa saya perlu meningkatkan tahap saya. Ia benar-benar hampir pada set pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2023 @ 11:14 AM