SEBASTIAN Korda (kanan). FOTO Agensi
SEBASTIAN Korda (kanan). FOTO Agensi
Agensi

Shanghai: Pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Sebastian Korda mara ke separuh akhir Masters ATP 1000 buat kali pertama selepas mengenepikan tentangan rakan senegaranya, Ben Shelton, di Shanghai, China malam tadi.

Dalam perseteruan dua pemain muda itu menyaksikan Korda bangkit daripada ketinggalan pada aksi suku akhir itu.

Korda ketinggalan pada set pertama untuk menewaskan Shelton 6-7, 6-2, 7-6 dalam aksi selama dua jam dan 55 minit itu.

Ia adalah pertarungan kali pertama dua pemain AS bertemu dalam suku akhir Masters 1000 sejak enam tahun lalu dan ia ternyata satu perlawanan yang menghiburkan penonton, di mana Shelton akhirnya memenangi set pertama dengan memanfaatkan peluang kelimanya dalam tie break.

Korda, yang berusia 23 tahun dan muda dua tahun berbanding Shelton, mempamerkan kebangkitan menggunaan kekuatan fizikalnya biarpun ketinggalan satu mata break dalam set penentuan.

Dia kemudian bangkit untuk menyamakan kedudukan dan menyelamatkan lima mata akhir daripada kedudukan 1-6 sebelum mengesahkan kemaraan.

Korda seterusnya akan bertemu pemain pilihan ke-16, Hubert Hurkacz, bagi penentuan ke final.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 12:28 PM