PERLUMBAAN kejohanan dunia lebuh raya terpaksa dihentikan sementara akibat penunjuk perasaan mengganggu laluan. FOTO Agensi
PERLUMBAAN kejohanan dunia lebuh raya terpaksa dihentikan sementara akibat penunjuk perasaan mengganggu laluan. FOTO Agensi
AFP

Glasgow: Kehadiran sekumpulan penunjuk perasaan memaksa perlumbaan lebuh raya lelaki Kejohanan Dunia dihentikan buat sementara waktu hari ini selepas mereka menghalang laluan sebaik saingan memasuki 79 kilometer (km).

Memandangkan pelumba tidak menggunakan alat pendengaran dalam acara itu, steward terpaksa menghentikan peloton di laluan desa berhampiran Carron Valley Reservoir, pinggir Glasgow.

Antara pelumba tumpuan termasuk juara bertahan Remco Evenepoel, Tadej Pogacar, Wout Van Aert, Mathieu van der Poel dan Julian Alaphilippe terpaksa menunggu, sambil berbual sesama sendiri serta sempat berswafoto.

Sebaik perlumbaan bersambung semula menuju ke arah Glasgow terdapat pelumba perlu menghabiskan baki kayuhan hampir 200km menuju ke garisan penamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Ogos 2023 @ 7:54 PM