TSITSIPAS bergelut capai prestasi terbaik menjelang Wimbledon. FOTO Agensi
TSITSIPAS bergelut capai prestasi terbaik menjelang Wimbledon. FOTO Agensi
AFP

Barcelona: Pemain nombor lima dunia Stefanos Tsitsipas tersingkir daripada Terbuka Mallorca apabila kalah 4-6, 6-3, 2-6 di tangan Yannick Hanfmann, keputusan yang membimbangkan menjelang Wimbledon.

Ia satu lagi penyingkiran awal di gelanggang rumput selepas Terbuka Halle minggu lalu.

Pemain Greece itu ditewaskan oleh lawannya dari Jerman, yang berada di kedudukan ke-48 dunia.

Perlawanan undian utama Wimbledon akan bermula pada 3 Julai ini.

Hanfmann yang bergantung kepada servis kencang tidak melepaskan sebarang servis pada set pertama dan Tsitsipas hanya dapat mematahkan sekali pada perlawanan itu.

"Banyak perkara perlu diusahakan untuk menewaskan pemain 10 terbaik dunia, saya mempunyai permulaan yang sangat baik," kata Hanfmann.

"Dengan keadaan angin dan rumput, ia sangat membantu saya pada perlawanan pertama."

Hanfmann akan menentang pemain veteran Sepanyol, Feliciano Lopez di suku akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Jun 2023 @ 7:50 AM