TSITSIPAS buru gelaran di Mallorca sebelum menyertai Wimbledon. FOTO EPA
TSITSIPAS buru gelaran di Mallorca sebelum menyertai Wimbledon. FOTO EPA
AFP

Santa Ponca: Stefanos Tsitsipas akan berdepan Roberto Bautista Agut di perlawanan akhir Terbuka Mallorca selepas dia mengetepikan Benjamin Bonzi 6-4, 6-4 di separuh akhir.

Pemain pilihan kedua kelahiran Greece itu mengambil masa satu jam setengah untuk menumbangkan wakil Perancis, Bonzi di kejohanan yang bakal dijadikan sebagai persediaan ke Wimbledon.

Menanti Tsitsipas, yang memerlukan aksi tiga set ketika mengatasi pemain Amerika Syarikat, Marcos Giron di suku akhir, ialah Bautista Agut selepas dia mengalahkan Antoine Bellier dari Sepanyol 7-6 (7/5), 6-2.

Jaguh tempatan, Bautista Agut menempatkan diri di separuh akhir selepas menumpaskan pemain nombor satu dunia, Daniil Medvedev.

Masih lagi mencari gelaran sulung di permukaan rumput, Tsitsipas tumpas di pusingan pertama dalam tiga daripada empat aksi di Wimbledon.

Dia diundi berdepan pemain kelayakan dari Switzerland, Alexander Ritschard bagi saingan ketiga Grand Slam musim ini yang akan bermula Isnin depan.

Bautista Agut, yang juga pilihan ke-17 dan mara ke separuh akhir pada 2019, akan menentang Attila Balazs dari Hungary pada pusingan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2022 @ 1:47 PM