RAHM buru kejuaraan utama kedua tahun ini. -FOTO AFP
RAHM buru kejuaraan utama kedua tahun ini. -FOTO AFP
AFP

Rochester, Amerika Syarikat: Pemain ranking pertama dunia, Jon Rahm kini memburu gelaran utama kedua berturut-turut ketika Rory McIlroy turut mahu kemenangan utama yang pertama sejak 2014 dan Jordan Spieth turut berharap dapat beraksi dengan baik apabila saingan Kejuaraan PGA bermula esok.

Membabitkan 156 pemain, 16 daripada daripada Liga Golf LIV yang disokong Arab Saudi kini memburu Trofi di Wanamaker di Oak Hill.

"Disipilin akan menjadi faktor utama minggu ini," kata McIlroy. "Anda perlu menjauhkannya daripada bunker.

"Jika seseorang boleh mengekalkan disiplin mereka dan dapat mengelakkan pukulan ke arah itu (bunker) serta bahagian tengah lapangan itu adalah lebih baik dari kebanyakan lubang, saya fikir itu adalah (kunci)."

Oak Hill menawarkan lokasi pin yang sukar dengan kawasan kotak tee yang tebal dan kasar akan menjadikan setiap cabaran itu unik.

"Disiplin adalah cara yang sangat baik untuk menerangkan apa yang diperlukan oleh seseorang minggu ini," kata Rahm.

"Ia mencabar, tetapi ia adalah salah satu pukulan di mana jika anda melakukan pukulan yang sepatutnya anda pukul – letakkannya di fairway, pergi ke tengah-tengah lapangan – tiada perkara gila yang sepatutnya berlaku.

Rahm, juara Terbuka AS 2021, merangkul gelaran keempat tahun itu dan major kedua bulan lalu di Masters.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mei 2023 @ 11:48 AM