KERLEY menjuarai acara 200m Liga Berlian di Doha. -FOTO AFP
KERLEY menjuarai acara 200m Liga Berlian di Doha. -FOTO AFP
Agensi

London: Di sebalik kerja keras ketika Fred Kerley menjuarai acara 200 meter (m) ketika perlumbaan pembukaan Liga Berlian di Doha minggu lalu, ia turut melambangkan kisah peribadi juara 100m dunia itu.

Menurut Kerley, dia menempuh masa kanak-kanak yang sukar apabila diambil sebagai anak angkat oleh makciknya dan dibesarkan di sebuah bandar kecil Taylor, dekat Austin, Texas, di sebuah rumah bersama 13 anak yang tinggal di bawah satu bumbung.

"Saya sentiasa berlari untuk sesuatu yang lebih besar daripada diri saya sendiri," kata Kerley.

"Setiap hari adalah rahmat. Saya tahu saya perlu bekerja, dan bekerja, dan bekerja, tidak kira apa pun."

Pemikiran itulah yang memastikan dia dapat mengatasi permulaannya yang sederhana dan kemudiannya mencapai kedudukan teratas podium dunia.

"Saya tidak mahu sesiapa dalam rumah saya bimbang tentang dari mana makanan seterusnya datang, seperti yang saya lakukan," kata Kerley.

Kerley membuktikan kemampuannya di Eugene musim panas lalu, apabila dia mengetuai barisan Amerika menyapu pingat 100m lelaki seterusnya memenangi gelaran dunia individu pertamanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mei 2023 @ 10:26 AM