FRED Kerley (tengah) menjadi sandaran Amerika Syarikat bagi acara 100 meter lelaki di Kejohanan Dunia, 15 Julai depan. FOTO AFP
FRED Kerley (tengah) menjadi sandaran Amerika Syarikat bagi acara 100 meter lelaki di Kejohanan Dunia, 15 Julai depan. FOTO AFP
Reuters

Eugene: Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Fred Kerley dan Melissa Jefferson akan mengetuai Amerika Syarikat (AS) bagi acara 100 meter (m) di Kejohanan Dunia, bulan depan.

Manakala pemegang rekod dunia, Sydney McLaughlin dilihat sukar disekat dalam acara 400m lari berpagar.

Kerley memenangi acara akhir di kejohanan trek dan padang AS dengan catatan 9.77 saat (s) selepas mencatatkan masa terpantas dunia tahun ini, 9.76s ketika separuh akhir di Eugene, Oregon dan menyatakan dia menyasarkan rekod pemenang lapan emas Olimpik, Usain Bolt iaitu 9.58s.

Dia boleh menjangkakan cabaran daripada rakan senegara dan juara bertahan, Christian Coleman, yang kembali beraksi semula pada Januari lalu selepas digantung 18 bulan kerana melanggar peraturan anti dadah dan mencatatkan 10.87s di separuh akhir.

Tiga pelari terbaik di Eugene yang melepasi masa kelayakan serta juara bertahan akan bertanding di Kejohanan Dunia yang akan diadakan di lokasi sama bermula 15 Julai depan.

Kerley turut layak bagi acara 200m.

Sementara itu, Melissa yang mengejutkan acara akhir 100m wanita dengan catatan bantuan angin, 10.69s, berdepan dua pelari Jamaica iaitu juara pecut Olimpik dua kali, Elaine Thompson-Herah dan juara dunia, Shelly-Ann Fraser-Pryce.

"Saya bersedia menghadapi cabaran siapa saja dan apa saja yang menghalang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Jun 2022 @ 10:06 PM