MUHAMMAD Azeem Fahmi. FOTO Universiti Auburn
MUHAMMAD Azeem Fahmi. FOTO Universiti Auburn
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Menyambut bulan Ramadan di negara orang sudah tentu bukan mudah lebih-lebih lagi apabila berjauhan dengan keluarga yang tersayang buat kali pertama.

Itu yang mungkin dirasai pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi yang kini sedang berkelana di Amerika Syarikat (AS) bagi memgembangkan lagi bakatnya dalam sukan olahraga.

"Berbuka sorang ni terasa betul ye sedih dia,"ciap pemegang rekod kebangsaan dalam acara 100 meter (m) di akaun twitternya, hari ini.

Sebelum ini, raja pecut negara, itu sah memilih Universiti Auburn di Amerika Syarikat (AS) untuk melanjutkan pengajian dan mengembangkan kerjaya olahraganya.

Pilihan yang dibuat Azeem itu nyata tepat apabila berjaya memecah rekod kebangsaan acara pecut 60 meter (m) lelaki dalam dewan sebanyak dua kali meskipun baru berkelana di bumi Uncle Sam pada Januari lalu.

Malah pada kejohanan Florida State University (FSU) Relays di Tallahassee, Florida, Amerika Syarikat yang juga kejohanan luar pertamanya musim ini, Azeem mencipta sensasi apabila meraih pingat emas dengan catatan masa 10.32 saat.

Catatan terbabit jauh meninggalkan dua lagi pesaing terdekat iaitu Andre Ewers (10.49s) dan Trei Thorogood dari Universiti Syracuse (10.51s).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mac 2023 @ 12:50 PM