ROGLIC meraikan kemenangan di Bilbao. FOTO AFP
ROGLIC meraikan kemenangan di Bilbao. FOTO AFP
AFP

Madrid: Pelumba Slovenia, Primoz Roglic muncul pendahulu Tour of the Basque Country selepas menjuarai ujian masa individu sejauh 13.9km sekitar Bilbao tetapi bakal berdepan cabaran lebih sengit untuk tempoh lima hari lagi.

Juara Tour de France, Tadej Pogacar dan pelumba baharu Ineos yang memenangi Tour of Catalonia, Adam Yates, hanya 28 saat di belakang dalam perlumbaan sukar enam peringkat Jelajah itu.

Roglic mencatat 17 minit 15 saat menewaskan pelumba Amerika Syarikat, Brandon McNulty dari pasukan Team UAE dengan hanya 2 saat.

Roglic ditimpa nahas berganda pada hari terakhir Paris-Nice pada pertengahan Mac sama seperti dialami di Tour de France lalu.

"Sangat teruja dapat kembali semula,'' kata Roglic kepada wartawan. "Saya benar-benar gembira dengan prestasi hari ni. Ia hari yang hebat bagi kami.

"Saya harap dapat memiliki jersi. Kita tunggu bagaimana perlumbaan berlangsung dan kami akan memberikan yang terbaik."

Bagaimanapun, Pogacar yang memintas Roglic pada peringkat ke-20 Tour de France untuk mencipta salah satu kejutan terhebat memberi amaran.

"Dalam ranking, 28 saat memisahkan saya dengan pendahulu. Tetapi dalam perlumbaan sukar seperti ini, perubahan boleh berlaku dengan pantas," kata ketua pasukan Team UAE , Pogacar.

"Apa sahaja boleh berlaku."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 April 2021 @ 11:41 AM