NADAL alami kecederaan perut.
NADAL alami kecederaan perut.
AFP

London: Rafael Nadal mengakui dia tidak pasti sama ada cergas untuk menentang Nick Kyrgios pada separuh akhir Wimbledon esok selepas mengalami kecederaan perut dan nyaris menarik diri ketika menentang Taylor Fritz.

Pilihan kedua itu diberikan rawatan perubatan pada set kedua sebelum menang 3-6, 7-5, 3-6, 7-5, 7-6 (10/4) dalam aksi sengit yang berlanjutan empat jam 21 minit.

Pada perlawanan awal, Kyrgios menewaskan pemain Chile, Cristian Garin dengan kemenangan lebih mudah 6-4, 6-3, 7-6 (7/5).

Nadal juara 2008 dan 2010 pada sidang akhbar berkata dia tidak pasti dengan penyertaannya selepas ini ketika dia menyasarkan gelaran ketiga Grand Slam.

"Saya tak boleh beri jawapan pasti kerana jika saya berkata boleh beraksi tetapi sebaliknya berlaku esok, ia satu pembohongan," kata pemain berusia 36 tahun itu.

Nadal yang diberikan ubat penahan sakit ketika perlawanan berkata dia akan menjalani pemeriksaan sebelum membuat keputusan sama ada akan terus beraksi di All England Club.

Sementara itu Kyrgios yang menduduki ranking ke-40 dunia tetapi menjadi ancaman utama walaupun Nadal cergas sepenuhnya.

Juara 22 kali Grand Slam itu mendahului 6-3 rekod pertemuan dengan Kyrgios tetapi Kyrgios menewaskan pemain Sepanyol itu untuk mara ke suku akhir 2014 sebelum Nadal membalas dendam tiga tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Julai 2022 @ 9:22 AM